Sabtu, 28 Julai 2012

Jumaat, 27 Julai 2012

IKLAN RAYA PETRONAS AKU INGIN PULANG

  • <

Saya Sepasang Kasut


          Sejarah kelahiran aku penuh dengan cabaran.Tubuhku bukan sahaja dipotong dan diketuk malahan menerima tusukan jarum bertubi-tubi.Setelah siap,aku dibungkus lalu dimasukkan ke dalam kotak.
          Dari sebuah kilang di Eropah,aku menaiki kapal terbang ke Malaysia.Dari situ,aku dihantar pula ke sebuah pasar raya ekslusif, "The Mall" di Kuala Lumpur.Di situlah aku dipamerkan sebelum berpindah tangan kepada pengguna.
          Kini,aku dimiliki oleh Farooq dengan harga RM250.Aku bangga kerana tuanku anak orang berada dan menyukai jenamaku "Nikes".Ke mana sahaja beliau pergi,beliau sering memakaiku.
          Namun begitu,kegembiraanku hanya sekejap.Hujan lebat pada suatu malam telah menyeret aku ke dalam sungai dan tersadai di perangkap sampah.Akhirnya,sebuah jangkaut menghumban aku ke perut lori lalu aku dibawa ke tempat pelupusan.
          Pada suatu pagi,seorang kanak-kanak telah menjumpai aku lalu dibawanya pulang.Kegembiraanku kembali berputik.Namun begitu,dia telah memotong lidahku untuk dijadikan pengalas lastik.Aku jengkel kerana menyangka dia hendak melastik burung.
          Rupa-rupanya sangkaanku meleset.Dia telah menggunakan aku untuk melastik anjing liar yang membunuh ayam itiknya.Jika demikian,aku rela kini.Biarlah tubuhku hancur luluh asaslkan dapat berbakti sepanjang hayat.

Isnin, 9 Julai 2012

Burung Apa?



1.Apakah nama burung yang disebut oleh si ayah?
   A  Merpati
   B  Merbuk
   C  Murai
   D  Tekukur

2.Di manakah si ayah itu berada?
   A  Dalam rumah
   B  Dalam bilik
   C  Bawah rumah
   D  Bawah pokok

3.Mengapakah si anak memarahi ayahnya?
   A  Ayahnya pekak.
   B  Ayahnya banyak bertanya.
   C  Ayahnya banyak berdiam diri.
   D  Ayahnya bertanya berulang-ulang kali.

4.Berikan simpulan bahasa yang menggunakan nama burung dalam video di atas.
   A  Mulut murai
   B  Murai jambul
   C  Murai batu
   D  Mulut tempayan

5.Apakah pengajaran yang boleh diperoleh daripada video tersebut?
   A  Seorang anak perlu banyak bertanya kepada bapanya.
   B  Seorang anak perlu menyusahkan bapanya.
   C  Seorang bapa sabar melayan kerenah anaknya.
   D  Seorang bapa perlu membuat layang-layang anaknya.

Isnin, 2 Julai 2012

Guru O Guru

Berburu di padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu,dialah bapa juga sahabat
Akar kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun segalanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaj menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah di Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu,guruku
Budi yang diapungkan,didulangi ilmu
Panggilan keramat "CIKGU" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat