Jumaat, 27 Julai 2012

Saya Sepasang Kasut


          Sejarah kelahiran aku penuh dengan cabaran.Tubuhku bukan sahaja dipotong dan diketuk malahan menerima tusukan jarum bertubi-tubi.Setelah siap,aku dibungkus lalu dimasukkan ke dalam kotak.
          Dari sebuah kilang di Eropah,aku menaiki kapal terbang ke Malaysia.Dari situ,aku dihantar pula ke sebuah pasar raya ekslusif, "The Mall" di Kuala Lumpur.Di situlah aku dipamerkan sebelum berpindah tangan kepada pengguna.
          Kini,aku dimiliki oleh Farooq dengan harga RM250.Aku bangga kerana tuanku anak orang berada dan menyukai jenamaku "Nikes".Ke mana sahaja beliau pergi,beliau sering memakaiku.
          Namun begitu,kegembiraanku hanya sekejap.Hujan lebat pada suatu malam telah menyeret aku ke dalam sungai dan tersadai di perangkap sampah.Akhirnya,sebuah jangkaut menghumban aku ke perut lori lalu aku dibawa ke tempat pelupusan.
          Pada suatu pagi,seorang kanak-kanak telah menjumpai aku lalu dibawanya pulang.Kegembiraanku kembali berputik.Namun begitu,dia telah memotong lidahku untuk dijadikan pengalas lastik.Aku jengkel kerana menyangka dia hendak melastik burung.
          Rupa-rupanya sangkaanku meleset.Dia telah menggunakan aku untuk melastik anjing liar yang membunuh ayam itiknya.Jika demikian,aku rela kini.Biarlah tubuhku hancur luluh asaslkan dapat berbakti sepanjang hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan